TEKUN JAYA

TEKUN JAYA

Saturday 30 January 2016

::Watikah Pelantikan Pengawas Disiplin, Pengawas PSS, Pengawas PRS, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas::

Pada hari Ahad, 31 Januari 2016 telah diadakan watikah yang melibatkan semua Pengawas Disiplin, Pengawas PSS, Pengawas PRS, Ketua Kelas dan Penolong Kelas.

Majlis telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Hashimi Zuhaili bin Jaafar, Pegawai Polis Daerah Marang bermula jam 8.30 pagi.

Semoga semua murid yang terlibat dapat menjalankan amanah dengan baik dan bertanggungjawab.












Tuesday 26 January 2016

::FROG VLE::

Assalamualaikum. Kepada semua warga SK Simpang Rawai, anda boleh menyemak ID dan pasword masing-masing di sebelah kanan Laman Rasmi ini dan terus melayari FROG VLE.

ID murid, ibubapa dan guru-guru boleh disemak dengan hanya nombor kad pengenalan sahaja.Sebarang masalah boleh diaju kepada admin.

Semoga mendapat manfaat semua.


Admin VLE FROG SKSR

Saturday 23 January 2016

.:KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MARANG 2016:.




Pada hari Sabtu, 23 Januari 2016 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa MSSD Marang yang melibatkan acara merentas desa Lelaki Bawah 12, Perempuan Bawah 12, Lelaki Bawah 15, Perempuan Bawah 15, Lelaki Bawah 18 dan Perempuan Bawah 12. Kejohanan bertempat di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai bermula jam 7.30 pagi sehingga  12.30 tengahari.

Pengurus pasukan bagi SK Simpang Rawai ialah En.Fairuz bin Salim. Manakala jurulatih bagi pasukan sekolah ialah Guru Besar SK Simpang Rawai sendiri iaitu En.Rodzi bin Mohamed.

Berkat kesungguhan dalam latihan, SK Simpang Rawai telah mendapat;

1) Johan Kategori L12
2) Johan Kategori P12
3) Johan Keseluruhan Sekolah Rendah Daerah Marang

Pemenang-pemenang daripada SK Simpang Rawai ialah;

PESERTA PEREMPUAN BAWAH 12

1) Siti Amna Nafeesa bt Azma - JOHAN
2) Nur Aishah bt Mohd Afrizal -KE 3
3) Nor Alieya Ayuni bt Razali  -KE 4
4) Intan Nor Atiqah bt Mohammad Saluddin - KE 6
5) Wan Nurain Asyiqin bt Wan Md Zusamzudi - KE 8

PESERTA LELAKI BAWAH 12

1) Muizzuddin b Mahasan -JOHAN
2) Muhammad Firdaus b Zakaria -Naib Johan
3) Ahmad Hannan b Isa -KE 3
4) Ahmad Zarif Aiman -KE 4
5) Wan Muhammad Farhan b Wan Kari - KE 5
6) Muhammad Hamidi b Ramlee -KE 12

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG!

SKSR BOLEH!

Tuesday 19 January 2016

Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru-guru Tahun Enam Kali Pertama

Pada 18 Januari 2016 telah diadakan Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru-guru Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai.

Antara program kecemerlangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2016 ialah

1. Kelas Tambahan Petang
2. Kelas Malam
3. Kelas Bimbingan Sabtu
4. Kem Intensif 1-5
5. Kelas Cuti Terancang
6. Kem Kecemerlangan UPSR
7. Program 5 Minit Bersama Guru Besar
8. Program Bacaan Yasin, Solat Hajat & Solat Dhuha
9. Klinik UPSR
10.Program Temu Murni 1-4
11.Program Solat Hajat Perdana Kali 1 & 2






Monday 11 January 2016

Sirkit Merentas Desa 2016

Setiap hari Rabu bermula jam 5.00 petang hingga 6.00 petang diadakan Sirkit Merentas Desa peringkat sekolah. Semoga latihan berterusan akan memberikan kemenangan kepada murid-murid SKSR dalam setiap pertandingan yang diadakan.